SUKROS 2022 telah diadakan sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Bulan Sukan Negara, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Tahun 2022. Program tersebut melibatkan seramai 155 orang kakitangan JPPM dari seluruh pejabat di seluruh negara bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan semangat kesukanan dalam kalangan warga JPPM. Sebanyak 9 sukan yang dipertandingkan iaitu Badminton, Ping pong, Futsal, Bola Jaring, Bola Tampar. Dart, Karom, Congkak dan Dam Haji. JPPM Negeri Pahang telah menghantar 5 orang atlit untuk turut sama menjayakan sukan tersebut.